Kelik aje dengan kelik.my
LINK PENDEK. PELUANG BESAR.

Panjang ceritanya.
Pendek linknya.

Kelik aje dengan kelik.my

Shortening URL jadi mudah dengan kelik.my. Pendekkan link, jana kod QR dan pantau setiap klik, semuanya dalam satu tempat.

✓ Alias pilihan sendiri✓ Statistik yang jelas✓ Tiada iklan perantara
Terokai projek dan statistik · Tanpa akaun▶ Tonton video penerangan
↗Dari link yang panjang,
kepada peluang yang lebih luas.
↗
CUBA SEKARANG

Link hebat bermula di sini.

Tampal link anda. Biar kami pendekkan.

↗
Taip alamat laman sahaja. https:// ditambah secara automatik.
kelik.my/
Biarkan kosong untuk nama automatik.
Free · Maksimum 3 link
◉ Akaun Free: 3 link · Pro: link tanpa had
KLIK DENGAN LEBIH YAKIN

Link anda. Destinasi anda.
Tanpa gangguan iklan.

Daftar percuma ↗
↗

Terus ke destinasi.

Tiada iklan perantara, kiraan menunggu atau butang “download” palsu daripada Kelik. Pengunjung tidak perlu memilih antara butang iklan untuk meneruskan.

✓

Lebih jelas untuk dikongsi.

Gunakan nama link yang mudah dikenal, semak destinasi dan ubahnya bila perlu. Kurangkan kekeliruan akibat link panjang dan iklan yang menyerupai butang sebenar.

▥

Setiap klik ada maklumat.

Simpan link dalam akaun sendiri. Lihat bila ia diklik, buka graf bar atau garis, dan tekan graf untuk perincian hari serta jam.

Kelik tidak memaparkan iklan pada halaman pengalihan link. Kandungan laman destinasi dikawal oleh pemiliknya; ini bukan jaminan bebas scam. Semak pengirim dan alamat destinasi sebelum berkongsi maklumat peribadi.

SATU LINK, BANYAK KEGUNAAN
Kempen bisnes
✳
Konten & ebook
✳
Program & acara
✳
Komuniti anda
LEBIH DARIPADA LINK PENDEK

Setiap klik, ada ceritanya.

Kenali apa yang menjadi.
Buat keputusan dengan lebih yakin.

▥CONTOH PAPARAN

Nampak impak, bukan teka.

Graf bar atau garis. Dari jam ke tahun.
Pilih cara anda melihat prestasi.

Klik minggu ini1,284 Data demo
✳

Link yang orang ingat.

Tukar deretan huruf rawak kepada nama yang dekat dengan jenama anda.

kelik.my/kelas-hujung-minggu ↗
Ringkas. Kemas. Milik identiti anda.
◷

Anda pegang kawalan.

Urus link, ubah destinasi dan tetapkan tarikh luput dalam satu ruang.

Kempen OktoberAktif
◷ Promosi SeptemberTamat
SEMUDAH 1, 2, 3

Kurang langkah.
Lebih banyak peluang.

  1. 01

    Tampal link asal

    Link borang, kedai, artikel atau apa sahaja yang anda ingin kongsikan.

  2. 02

    Jadikan ia milik anda

    Pilih nama khas yang senang disebut dan mudah diingat.

  3. 03

    Kongsi. Lihat. Fahami.

    Pantau bila link diklik melalui dashboard statistik anda.

IKUT GAMBAR. TERUS BOLEH GUNA.

Dari link panjang
ke link yang sedia dikongsi.

Tekan gambar untuk besarkan.
Paparan contoh, bukan data pelanggan.

LANGKAH 01

Daftar dengan Google

Pilih akaun Google anda. Anda tidak perlu mencipta kata laluan baharu untuk Kelik.

Daftar sekarang →
LANGKAH 02

Taip, pendekkan, kongsi

Taip abc.com sahaja. HTTPS ditambah automatik. Pilih alias, kemudian simpan dan salin link.

Cipta link →
LANGKAH 03

Lihat apa yang menjadi

Buka Statistik. Tukar bar atau garis, kemudian tekan hari pilihan untuk melihat jam dan rekod klik.

Terokai statistik →
PRO, UNTUK PROJEK SEBENAR ANDA

Cuba 3 hari. Rasai lebih banyak ruang.

100 link · 2 projek · Pipeline 4 peringkat · Statistik interaktif

Tanpa bayaran. Tanpa kad. Tiada caj automatik.

MULA KECIL. SUSUN LEBIH BESAR.

Link anda berkembang.
Pelan anda ikut bersama.

Mula dengan 3 link percuma.
Naik taraf apabila anda bersedia.

FREE

Cuba idea pertama.

RM0 percuma

Untuk keperluan link yang ringkas.

  • 3 link ciptaan sendiri
  • Alias pilihan sendiri
  • Statistik bar & garis
  • Carian dan pengurusan link
PRO TAHUNAN JIMAT RM19.80

Sedia untuk setahun.

RM99 / tahun

Bersamaan RM8.25/bulan, dibayar setahun.

  • Link tanpa had
  • Semua fungsi Pro bulanan
  • Projek dan pipeline
  • RM99 untuk 12 bulan

Penjimatan berbanding 12 bayaran bulanan (RM118.80). Pembayaran melalui CHIP Jagung sahaja. Pembaharuan dibuat secara manual; tiada caj automatik.

FungsiFreePercubaan 3 hariPro berbayar
Link3100 jumlah kuota*Tanpa had
Projek / peringkat—2 projek / 4 peringkatTanpa had / 6 peringkat
Graf & perincian klik✓✓✓
Warna ruang kerjaHijau KelikHijau Kelik5 pilihan warna
Eksport CSV——✓
Iklan perantaraTiadaTiadaTiada

*Sekali bagi setiap akaun Google selama 72 jam selepas diaktifkan. Link sedia ada dikira dalam 100 kuota; memadam link tidak memulangkan kuota percubaan. Selepas tamat, kembali ke Free. Link sedia ada kekal berfungsi.

LIHAT KELIK DALAM TINDAKAN

Satu link. Pelbagai kemungkinan.

Untuk pencipta konten dan penganjur program.
Pilih video, tekan main dan kenali Kelik.

Bawa audiens ke tempat yang tepat.

Satu link mudah diingat untuk konten, ebook dan kempen anda.

Urus program dengan lebih teratur.

Kongsi pendaftaran, susun link ikut projek dan pantau sambutan.

Soalan yang selalu ditanya.

Apa itu shortening URL?

Shortening URL ialah proses menukar alamat web yang panjang menjadi link ringkas seperti kelik.my/kelas. Link tersebut membawa pengunjung ke destinasi asal anda.

Perlu taip https:// dahulu?

Tidak. Taip abc.com atau tampal URL penuh; Kelik menambah https:// secara automatik jika perlu.

Adakah link pendek memaparkan iklan?

Tiada iklan perantara atau kiraan menunggu pada pengalihan link. Banner program dalam dashboard berasingan daripada link yang anda kongsi.

Adakah kod QR disediakan?

Ya. Kod QR dijana selepas link disimpan dan boleh dimuat turun sebagai PNG. Imbasan QR membuka link pendek yang sama.

Boleh ubah destinasi tanpa menukar QR?

Boleh. Edit destinasi link sedia ada sambil mengekalkan alias. QR yang sama akan menuju ke destinasi terkini selagi link aktif.

Apa beza Free dan Pro?

Free menyediakan 3 link. Pro RM9.90 sebulan atau RM99 setahun menyediakan link tanpa had, projek dan pipeline, label projek, pilihan warna serta eksport CSV.

Kenapa emel dan telefon wajib?

Emel Google yang disahkan dan nombor telefon melengkapkan profil anda untuk pengurusan akaun, sokongan dan urusan bayaran. Kelik tidak menerima kata laluan Google anda.

Bagaimana statistik dan masa klik dipaparkan?

Statistik menggunakan waktu Malaysia (MYT). Pilih graf bar atau garis dan tempoh jam, harian, mingguan, bulanan, tahunan atau keseluruhan. Tekan graf untuk melihat perincian.

Di mana boleh muat turun invois?

Buka Tetapan → Invois selepas bayaran Pro disahkan. Invois PDF tersedia untuk pesanan berjaya milik akaun anda.

Adakah langganan diperbaharui automatik?

Tidak. Anda memilih untuk memperbaharui secara manual. Jika simpan kad diaktifkan, kad dikendalikan oleh CHIP dan tetap tidak dicaj automatik oleh Kelik.

Bagaimana program affiliate berfungsi?

Daftar sebagai affiliate dan kongsi pautan referral. Komisen RM5 diberikan sekali selepas pengguna baharu yang layak membuat bayaran Pro pertama. Pengeluaran minimum RM50, dibayar manual oleh admin.

Bagaimana hendak dapatkan bantuan?

Hubungi support.jagung@gmail.com dan sertakan penerangan isu serta alias link jika berkaitan. Jangan hantar kata laluan atau butiran kad.

Adakah percubaan akan terus caj saya?

Tidak. Percubaan 72 jam tidak meminta bayaran atau kad. Anda memilih sendiri sama ada mahu melanggan.

Apa berlaku kepada link selepas percubaan atau Pro tamat?

Selepas percubaan 72 jam atau Pro tamat tanpa pembaharuan, akaun kembali ke Free. Hanya 3 link paling awal yang masih tersimpan boleh digunakan; selebihnya disekat secara automatik, termasuk akses melalui QR. Semua link kekal disimpan. Bayaran Pro yang disahkan membuka semula sekatan pelan; link dipause atau tamat tempoh kekal mengikut tetapan asal. Projek kekal disimpan tetapi suntingan pipeline memerlukan Pro.

Kenapa perlu daftar?

Supaya link, destinasi dan statistik disimpan dalam ruang akaun anda sendiri. Demo awam hanya untuk melihat; datanya tidak dimasukkan ke akaun anda.

Padam link ini?

Link dan rekod klik berkaitan akan dipadam daripada akaun anda. Tindakan ini tidak boleh diundur.

KELIK PRO

Pilihan pakej

Bayaran melalui CHIP Jagung. Pro aktif selepas bayaran disahkan. Tiada pembaharuan automatik.

RUANG UNTUK PROJEK ANDA

Projek baharu

Satu peringkat setiap baris. 2–6 peringkat; maksimum 30 aksara setiap nama. Link daripada peringkat yang dibuang atau dinamakan semula akan dipindahkan ke peringkat pertama.
BUTIRAN STATISTIK

Cuba Pro selama 72 jam?

Percubaan hanya sekali: 100 kuota link, 2 projek, 4 peringkat bagi setiap projek dan statistik interaktif. Eksport CSV serta tema tambahan tersedia dengan Pro berbayar.

Tiada bayaran atau caj automatik. Selepas tamat, akaun kembali ke Free. Hanya 3 link paling awal boleh digunakan; selebihnya disekat sehingga Pro diperbaharui. Semua link kekal disimpan.