kelik.my by jagung.myPrivasi anda
Kelik menggunakan nama, alamat emel dan pengecam akaun daripada Google untuk menyediakan ruang kerja peribadi. Kami tidak menerima kata laluan Google anda.
Profil dan billing
Emel Google dan nombor telefon wajib dilengkapkan selepas login untuk pengurusan akaun, bantuan serta urusan bayaran. Nama organisasi dan alamat billing adalah pilihan. Nombor telefon belum disahkan melalui OTP. Melengkapkan profil bukan persetujuan untuk menerima pemasaran luar aplikasi. Banner program boleh dipaparkan dalam dashboard.
Link dan statistik
Kami menyimpan alamat destinasi, alias, projek dan tetapan link anda. Apabila link dibuka, kami merekodkan masa klik, domain perujuk jika tersedia dan kategori peranti. Kami tidak menyimpan alamat IP dalam rekod statistik. Pengecam IP yang dihash digunakan sementara untuk had permintaan dan perlindungan penyalahgunaan.
Bayaran dan penyedia perkhidmatan
Google mengendalikan pengesahan akaun. Hostinger menyediakan hosting. Jika anda memilih Pro, nama, emel, nombor telefon dan maklumat pesanan dihantar kepada penyedia yang anda pilih (ToyyibPay, Bayarcash atau CHIP) untuk pembayaran dan resit. Kelik tidak menyimpan nombor kad penuh, CVV atau kata laluan perbankan. Jika fungsi simpan kad diaktifkan dan anda bersetuju, CHIP mengendalikan kad dan Kelik menyimpan rujukan token untuk pengurusan kad.
Pentadbiran sistem
Pentadbir yang dibenarkan boleh melihat akaun, link, statistik dan status pesanan untuk mengendalikan perkhidmatan. Log aktiviti menyimpan jenis tindakan, rujukan rekod dan masa bagi tujuan sokongan dan semakan operasi; log ini tidak menyimpan kata laluan atau kunci penyedia pembayaran.
Program affiliate
Apabila anda membuka link referral, cookie rujukan disimpan sehingga 30 hari untuk mengaitkan pendaftaran baharu dengan affiliate pertama yang sah. Affiliate melihat ID rujukan ringkas dan status komisen, bukan nama atau emel pelanggan. Untuk pengeluaran, nama pemegang, bank dan nombor akaun disimpan dalam storan peribadi dan hanya tersedia kepada pemilik rekod serta pentadbir yang dibenarkan bagi urusan bayaran manual. Rekod komisen dan pengeluaran dikekalkan untuk semakan transaksi.
Penyimpanan dan kawalan
Cookie sesi diperlukan untuk log masuk. Draf link boleh disimpan sementara dalam sesi pelayar. Link dan rekod berkaitan dipadam apabila anda memadam link; salinan sandaran hosting mungkin kekal mengikut kitaran sandaran. Rekod bayaran dikekalkan untuk penyelenggaraan transaksi. Untuk permintaan akses atau pemadaman akaun, hubungi support.jagung@gmail.com.
Dikemas kini: 14 Oktober 2026.
← Kembali