kelik.my by jagung.my

Terma penggunaan

Kelik ialah perkhidmatan link pendek oleh jagung.my. Anda bertanggungjawab atas destinasi link yang anda cipta. Jangan gunakan Kelik untuk penipuan, phishing, perisian berbahaya, spam atau kandungan yang menyalahi undang-undang. Link yang dilaporkan boleh dipause untuk semakan.

Free dan Pro

Free membenarkan 3 link tersimpan, termasuk link dipause atau tamat tempoh. Pro berharga RM9.90 untuk satu bulan atau RM99 untuk 12 bulan, dengan link tanpa had serta projek dan pipeline. Had kadar permintaan masih terpakai untuk memastikan kestabilan sistem.

Percubaan Pro

Percubaan percuma selama 72 jam hanya sekali bagi setiap akaun Google. Had 100 kuota link termasuk link sedia ada; link yang dipadam tidak memulangkan kuota. Maksimum 2 projek dan 4 peringkat bagi setiap projek. Eksport CSV dan tema tambahan memerlukan Pro berbayar. Selepas tamat, akaun kembali ke Free. Hanya 3 link paling awal yang masih tersimpan boleh digunakan; link selebihnya disekat sementara. Semua link kekal disimpan dan tiada caj automatik.

Bayaran dan tempoh

Bayaran diproses melalui penyedia yang dipilih (ToyyibPay, Bayarcash atau CHIP). Akses Pro bermula selepas pembayaran disahkan. Pembaharuan dibuat secara manual; tiada caj automatik. Pembaharuan sebelum tamat menambah tempoh dari tarikh tamat semasa. Selepas Pro tamat tanpa pembaharuan, akaun kembali ke Free. Hanya 3 link paling awal yang masih tersimpan layak digunakan; link selebihnya disekat secara automatik, termasuk akses melalui QR. Susunan berdasarkan urutan penciptaan, termasuk link dipause atau tamat tempoh. Bayaran Pro yang disahkan membuka sekatan pelan tanpa menukar alias atau QR; tetapan pause dan tarikh luput asal kekal. Penciptaan link baharu tertakluk pada had Free dan suntingan projek memerlukan Pro.

Sokongan

Untuk isu pembayaran, caj berganda, permintaan bayaran balik atau laporan penyalahgunaan link, hubungi support.jagung@gmail.com dengan rujukan pesanan atau link berkaitan. Permintaan akan disemak berdasarkan transaksi dan keadaan isu; hak pengguna yang terpakai tidak diketepikan.

Statistik

Statistik menunjukkan permintaan klik yang direkodkan, bukan bilangan individu unik. Permintaan HEAD dan bot pratonton yang dikenal pasti tidak dikira. Sesetengah aplikasi tidak berkongsi sumber perujuk, lalu dipaparkan sebagai “Terus”.

Dikemas kini: 14 Oktober 2026.

← Kembali